Senin, 24 Mei 2010

Manusia perlu penebusan

  1. Tidak ada keraguan bahwa semua orang memerlukan keselamatan, kerana dosa terdapat dalam setiap hati manusia.
Rom 3:23 berkata: "Semua orang sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka".
Nabi Yesaya 53:6 berkata: "Dahulu kita semua seperti domba yang sesat, masing-masing mengikut jalan sendiri, tetapi Tuhan menjatuhkan hukuman kepadaNya, hukuman yang seharusnya dijatuhkan kepada kita."
Yahya
, dalam surat pertamanya, 1:8-10,berkata: "Jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa , kita menipu diri sendiri, dan Roh Allah tidak ada di dalam hati kita. Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janjinya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah. Tetapi jika kita berkata bahawa kita tidak berdosa, kita menjadikan Allah pendusta dan firmanNya tidak terdapat di dalam hati kita."

Di dalam hati setiap manusia terdapat kesedaran bahawa penyesalan tidak akan menghapuskan akibat-akibat dosa yang telah dilaluinya. Ia mesti mempunyai makna yang lebih berkesan untuk memperolehi pengampunan; ini bermakna bahawa kita terpaksa ‘ditebusi Nya’. Kalau tidak, bagaimanakah boleh kita menerangkan kewujudan pengorbanan yang wujud sejak awal masa lagi, dan tersebarnya hakikat konsep pengorbanan penebusan di kalangan kebanyakkan agama di dunia ini.

Adakah bukan kerana pertembungan konsep pengertian yang memerlukan sipesalah untuk menebus dosanya?